Thursday 27 December 2012

MESYUARAT Guru Kali-1 / 2013

Mesyuarat Guru Kali-1 untuk sesi persekolah 2013 telah diadakan pada 26 Disember 2012 bersamaan hari Rabu. Mesyuarat bermula pada jam 8:30 pagi dan dipengerusikan oleh Pn Hjh Aishah binti Mahmood, Guru Besar SK Merlimau Dua. Mesyuarat kali pertama ini dihadiri oleh semua guru dan turut menampil dua daripada tiga muka baru. Di samping kehilangan empat muka lama yang telah berpindah ke sekolah yang baru.
      Agenda mesyuarat kali ini adalah berkaitan dengan pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan aktiviti serta menekankan perihal pengurusan kelas yang berkesan.

Monday 24 September 2012

JOHAN Pertandingan Kelas Ceria Merdeka

24 SEPT 2012 - Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang Kelas Ceria Merdeka 2012 telah disempurnakan pada Perhimpunan Rasmi pagi Isnin pagi ini. Majlis disempurnakan oleh Pn Hjh Aishah binti Mahmood, Guru Besar SK Merlimau 2. Pemenang bagi Kategori Tahap 1 ialah Kelas Tahun 3 Arif, manakala bagi Kelas Tahap 2 ialah Kelas 4 Bijak.
                          
                                 Johan Tahap 2 Kelas  4 Bijak
Johan Tahap 1 Kelas 3 Arid
                                                 

Thursday 16 August 2012

Penyampaian Hadiah

Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Sempena Minggu PPDa dan pertandingan Melukis Poster Tandas Bersih. Hadiah disampaikan oleh Pn Hjh Aishah binti Mahmood, Guru Besar sekolah.

Tuesday 14 August 2012

TANDAS KAMI BERSIH

TAHNIAH kepada warga sekolah kerana telah mengekalkan kebersihan tandas sekolah sebagaimana yang dikehendaki oleh semua pihak. Semua murid dilihat bertambah berdisiplin dalam menjaga kebersihan tandas sekolah ini. Sebagai balasan sekolah ini, telah terpilih mewakili PPD Jasin ke Peringkat Negeri dalam Pertandingan Tandas Bersih 2012 .... Syabas dan tahniah ...

JOHAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2012

KIBAR JALUR GEMILANG 2012

KEMPEN Kibar Jalur Gemilang 2012 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan terus mendapat tempat di hati warga SK Merlimau 2. Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang telah disempurnakan oleh Puan Hjh Aishah, Guru Besar SK Merlimau 2...

Tuesday 17 July 2012

PERTANDINGAN MENULIS TEMA MEMBACA 2012

SELASA, 17 Julai - Pertandingan Menulis Tema Sempena Bulan Membaca telah diadakan petang i telah diadakan petang ini. Pertandingan anjuran Pusat Sumber Sekolah ini diadakan bersempena dengan Bulan Membaca Peringkat Sekolah 2012. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk pertandingan ini. Bersempena pertandingan ini, pihak sekolah juga telah menjemput pegawai dari Perpustakaan Awam Cawangan Merlimau untuk mengadakan tunjuk cara membuat Bekas Menyimpan Pensil dari bahan terpakai. Pegawai dari Perpustakaan diwakili oleh Pn Marhana, telah memberi tunjuk ajar cara-cara menyediakan bekas tersebut.

Pertandingan Menulis Tema Membaca

Pertandingan Membuat Bekas Pensel
                       
                        
                         

Monday 9 July 2012

Pelancaran Sambutan Bulan Membaca 2012

Isnin 9 Julai 2012 - Pelancaran Sambutan Bulan Membaca Peringkat Sekolah 2012 telah diadakan pagi ini. Program anjuran PSS Sekolah dengan kerjasama Panitia-panitia mata pelajaran dan juga Perpustakaan Awam Melaka cawangan Merlimau. Tema yang dipilih adalah "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya". Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diatur sepanjang bulan membaca ini. GPM Sekolah, Pn Zaleha telah memberi taklimat ringkas berhubung aktiviti yang akan dijalankan. Majlis Pelancaran telah dirasmikan oleh Pn Hjh Aishah bte Mahmood, guru besar sekolah.

Friday 6 July 2012

Program Motivasi Tahun 6

Tajuk : Program Motivasi Tahun 6 Tarikh : 6 hingga 7 Julai 2012 Tempat : Pusat Kokurikulum Lanchang Anjuran : PIBG SKM2

Tuesday 26 June 2012

Perjumpaan ibu bapa Marid Tahun 6

Perjumpaan ibU bapa Marid Tahun 6 bersama Guru Besardan Guru Mata pelajaran.

Sukantara 2012

Sukantara 2012 telah di adakan pada l9 Jun dan 21 Jun 2O12. Murid yang terlibat terdiri daripada murid Tahun 2 hingga Tahun 6.

Friday 22 June 2012

Hari Terbuka dan Hari Keusahawanan 2012

Hari Terbuka dan Hari Keusahawanan SK Merlimau 2 telah diadakan pada 25 Mei 2012 yang lalu.

Monday 14 May 2012

PENCAPAIAN TERKINI MURID

PENCAPAIAN terkini murid-murid SK Merlimau 2 dalam Pertandingan dan Kejohanan Peringkat Negeri.

Bola Jaring
Seramai enam orang murid sekolah ini telah mewakili Pasukan Kawasan Merlimau ke Kejohanan Bola Jaring Peringkat Negeri baru-baru ini. Pasukan Merlimau telah mendapat tempat ketiga.

Bergambar kenangan bersama jurulatih dan GPK 

Pasukan Nasyid Pendidikan Khas Disleksia



Bola Sepak 
Seorang murid telah mewakili Pasukan Bola sepak Kawasan Merlimau ke Kejohanan Bola sepak Peringkat Negeri. Pasukan Merlimau menjadi Naib Johan Peringkat Negeri

Muhammad Luquman Sadiq bin Rozaidi

TAHNIAH kepada murid-murid dan jurulatih yang telah mengharumkan nama sekolah dan kawasan Merlimau.

Friday 11 May 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

“GURU INOVATIF MELONJAKKAN
TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


SAMBUTAN PERINGKAT SEKOLAH AKAN DIADAKAN PADA
TARIKH
16 MEI 2012 / RABU
MASA 
8:00 PAGI HINGGA 1:10 TENGAH HARI

Tuesday 8 May 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN DAN PENTAKSIRAN KSSR

8 MEI 2012 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 dan Pentaksiran KSSR telah bermula hari ini.

Thursday 3 May 2012

KEHILANGAN .....

KEHILANGAN SEORANG SAHABAT DAN GURU

Allahyarham bersama pemain Sepaktakraw SK Merlimau 2

3 MEI 2012 - Warga SK Merlimau 2 dikejutkan dengan berita pemergian selama-lamanya seorang warga pendidik sekolah ini iaitu Cikgu Mohd Jagger bin Ramli. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Melaka akibat kecederaan parah yang dialami. Allahyarham terlibat dalam kemalangan jalanraya setelah motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah van di persimpangan masuk ke Kem Lanchang. Allahyarham ketika itu dalam perjalanan menuju ke sekolah ini, tempat beliau bertugas. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham di atas kehilangan abadi Allahyarham dan kami sentiasa berdoa agar Roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah. 
AL FATIHAH

Wednesday 2 May 2012

ZOOMERS KELAB DOKTOR MUDA

JASIN - 27 April 2012. PPD Jasin telah menganjurkan Majlis Pelancaran ZOOMERS KELAB DOKTOR MUDA Peringkat Negeri Melaka. Program ini turut disertai oleh Ahli Kelab Doktor Muda sekolah. Pelbagai program telah diatur bagi memberi pendedahan kepada guru serta murid-murid dalam menjalankan program ini di sekolah masing-masing.

PN HJH AISHAH BERGAMBAR BERSAMA AHLI KELAB DOKTOR MUDA

 
















Saturday 28 April 2012

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR MATEMATIK

28 APRIL 2012 (Sabtu) - Program Teknik Menjawab Soalan UPSR Matematik telah diadakan pagi ini. Program anjuran Panitia Matematik Sekolah ini bermula pada pukul 8:00 pagi. Semua murid Tahun 6 terlibat dalam program pagi ini. Program ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama berfokus kepada Teknik Menjawab Soalan Kertas 1 dan sesi kedua Teknik Menjawab Kertas 2. Ceramah disampaikan oleh Cikgu Mazli bin Mazlan. 
    Turut hadir ialah Pn Hjh Rohana Dahlan, GPK 1, En Suhimi Monel, GPK HEM, Pn Nur Azah Abd Karim, Guru BDK, Ustaz Abd Karim Yaakop, Pn Hartini Abd Rahman, Ketua Panitia Matematik serta guru-guru Matematik sekolah. 
     Panitia Matematik sangat berharap dengan adanya program seperti ini dapat memberi pendedahan kepada semua murid sebagai persediaan dalam menjawab soalan Matematik nanti. 

                                     
Cikgu Mazli sebagai penceramah
 

Sesi Teknik Menjawab

Panitia Matematik merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan semua guru kerana telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.