Thursday 29 March 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KWAMP DAN TAKLIMAT LINUS/DISLEKSIA

29 MAC 2012 - Pagi ini berlangsung satu lagi program khas sekolah bersama ibu bapa iaitu Majlis Penyampaian Bantuan KWAMP dan Taklimat LINUS / DISLEKSIA. Pada majlis ini Puan Hjh Aishah bin Mahmood, Guru Besar sekolah telah meminta ibu bapa sentiasa memberi perhatian serta memantau pelajaran anak masing-masing. Beliau juga melahirkan kebimbangan berikutan prestasi yang tidak konsisten dalam kalangan anak-anak terutama mereka yang mengikut Program LINUS. Bercakap mengenai Bantuan KWAMP, beliau amat berharap agar wang bantuan yang diperolehi dapat digunakan untuk kepentingan anak-anak kerana dengan pemberian wang bantuan ini diharap dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam menguruskan persekolahan anak-anak mereka.

Sesi Pendaftaran

Sesi Taklimat Guru Besar

Sesi Perbincangan Guru dan Ibu Bapa Murid LINUS dan DISLEKSIA
 

Sesi Penyerahan Wang KWAMP dan Pembayaran Wang Persekolahan
 

Wednesday 28 March 2012

PERTANDINGAN MTQ PENDIDIKAN KHAS KAWASAN MERLIMAU 2012

Merlimau, 27 Mac 2012 - Pertandingan MTQ Pendidikan Khas Kawasan Merlimau juga telah daiadakan di SK Serkam Darat kelmarin. PPKID SK Merlimau 2 tidak ketinggalan menghantar peserta bagi menyertai pertandingan yang diadakan itu. Keputusan yang diterima amat memberangsangkan. Keputusan-keputusannya adalah seperti berikut :-

1.  Johan Nasyid                                - Berkumpulan
2.  Johan  Bercerita Lelaki                  - Muhammad Adam Abd Razak
3.  Johan  Bercerita Perempuan          - Syafiqah
4.  Naib Johan Azan Subuh               - Muhammad Tufiq Hidayat Abd Kadir
5.  Naib Johan Khat Jawi                  - Ain Nur Ayuni Mansor
6.  Naib Johan Hafazan Lelaki           - Habibur Rahman
7.  Naib Johan Hafazan Perempuan   - Nur Syahira
8.  Tempat ketiga Tilawah                  - Muhammad Iman Nur Hakim

TAHNIAH  kepada semua guru dan pembantu murid PPKID SK Merlimau 2 atas kejayaan ini.

Tuesday 27 March 2012

KEJOHANAN BOLA BALING MSSNM KAWASAN MERLIMAU

27 MAC 2012 - Serkam Darat, Kejohanan Bola Baling Kawasan Merlimau berlangsung hari ini dan esok di SK Serkam Darat. SK Merlimau 2 turut menghantar pasukan lelaki dan perempuan ke kejohanan tersebut. Namun keputusan tidak menyebelahi pasukan sekolah. Pasukan Lelaki tewas pada pusingan awal dan Pasukan Perempuan berjaya mara ke Peringkat Suku Akhir  sahaja.




TAHNIAH kepada jurulatih dan pengurus pasukan Bola Baling sekolah.

Friday 23 March 2012

PERTANDINGAN SAYEMBARA PUISI KAWASAN MERLIMAU

22 MAC 2012 - SK Datuk Hj Baginda telah menganjurkan Pertandingan Sayembara Puisi Peringkat Kawasan Merlimau 2012. SK Merlimau 2 diwakili oleh Adik Nur Izzah Sabirin yang dibimbing oleh Pn Fadhilah binti Idris. Walau bagaimanapun peserta sekolah cuma mendapat Hadiah Saguhati.

MAJLIS PENYAMPAIAN BUKU TABUNG HAJI

23 MAC 2012 - Majlis Penyerahan Buku Akaun Tabung Haji kepada murid-murid Pra Sekolah dan Murid Tahun 1 2012 telah diadakan pagi ini. Ini merupakan projek kerjasama dengan Lembaga Tabung Haji Melaka. Akaun Tabung Haji murid ini telah diserahkan kepada Pn Hjh Aishah, Guru Besar oleh YB En Roslan bin Datuk Hj Ahmad dalam suatu majlis Anjuran PPD Jasin yang telah diadakan baru-baru ini bertempat di Dewan Datuk Hj Ahmad Ithnin, Merlimau. Penyerahan Buku Akaun kepada murid-murid berkenaan pagi ini telah disempurnakan oleh En Suhimi bin Monel, GPK HEM sekolah ini.

Wednesday 21 March 2012

PERTANDINGAN MTQ KAWASAN MERLIMAU

Beberapa orang murid sekolah ini telah menyertai Pertandingan MTQ Peringkat Kawasan Merlimau 2012 yang telah diadakan di SK Parit Penghulu. Selain mendapat hadiah saguhati, seorang murid lelaki iaitu Muhammad Hidayat Azizi telah mendapat tempat keempat dalam Pertandingan Bercerita. Majlis Penyampaian Hadiah peringkat sekolah telah disempurnakan oleh Pn Hjh Aishah binti Mahmood, Guru Besar SKM 2. Tahniah kepada semua guru pembimbing dan murid-murid yang terlibat.

Ustazah Robiah bersama Pn Hjh Aishah 
                                                                                      Tempat Ke-4 Bercerita Lelaki