Monday 26 December 2011

MESYUARAT GURU DAN PENGURUSAN SEKOLAH KALI-1/2012

Mesyuarat Guru dan Pengurusan Sekolah diadakan pada :

Tarikh 27 Disember 2011
Hari     Selasa
Masa   8:30 pagi
Tempat Bilik Gerakan

Wednesday 30 November 2011

HARI QUALITI 2011

MERLIMAU- 17 November - Acara Kemuncak PenutupTahun 2011 telah pun selesai diadakan. Hari Kualiti dan Penyampaian Hadiah 2011 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jasin En Ahmad Kamal bin Ramtan. Majlis bermula pada pukul 2:30 petang ini turut dihadiri oleh ibu bapa murid-murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2011. Yang DiPertua PIBG En Mohd Hisham bin Abd Rahim turut sama menyerikan majlis ini.
        Tokoh Murid 2011 dianugerahkan kepada Ketua Pengawas iaitu Adik Amar Syamir bin Abas yang telah mendapat keputusan 5A dalam UPSR dan beberapa lagi pencapaian gemilang sepanjang menjadi murid SKM 2 ini.





Thursday 17 November 2011

KEPUTUSAN UPSR 2011

MERLIMAU 17 November - Keputusan UPSR 2011 telah diumumkan. Murid-murid Tahun 6 sekolah ini turut terasa bahang yang sama di seluruh Malaysia. Tahniah kepada semua guru Tahun 6 khususnya dan semua guru dan staf amnya kerana telah berusaha sehingga dapat menaikkan semula prestasi sekolah. Tidak terlupa jugak kepada YDP PIBG En Mohd Hisham serta AJK PIBG yang turut sama memotivasikan murid-murid dengan menyedaikan pelbagai hadiah galakan seperti PSP, Basikal dan beberapa hadiah lagi. Seramai 12 orang murid telah mendapat keputusan 5A.

Senarai nama murid 5A
Ammar Syahir Abas - Ketua Murid                                      
Nur Izzah Roslan - Pen. Ketua Pengawas
Muhd Safrizan bin Md Safian - Pen. Ketua Pengawas 2        
Ahmad Izzan Qistan Kamaruzaman
Dzuliman Hamzah                                                                
Muhd Haiqal Azmi
Nur Faqihah Azizan                                                              
Nur Hidayah Nadhirah Md Satar
Aifa Ayuni  Rafee                                                                
Nur Hazirah Abd Rashid
Alin Nahirah Mazli                                                                
Fatin Nur Atikah Raman


Wednesday 16 November 2011

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2012

MERLIMAU 16 November - Pihak sekolah telah menerima Wang Sumbangan Bantuan Persekolahan 2011 pada pagi tadi. Sumbangan akan diberikan kepada ibu bapa pada pukul 11:30 pagi. Ibu bapa telah dimaklumkan tentang perkara ini melalui surat yang telah diedarkan kepada murid-murid. Sekitar jam 11:00 pagi ibu bapa telah mula membanjiri kawasan sekolah untuk tujuan tersebut ....



Tuesday 15 November 2011

HADIAH-HADIAH...

MERLIMAU 15 November - Majlis Penyampaian Hadiah, Piala dan Sijil.

En Suhimi menyampaikan hadiah
Puan Hjh Aishah -GB turut menyampaikan hadiah
Murid Pemulihan Khas bersam Pn Hjh Rokiah


Pemenang Acara 1M1S


Pemenang JQAF

Monday 14 November 2011

TAKLIMAT KE TINGKATAN 1 / 2012

MERLIMAU, 14 November - Unit Bimbingan Dan Kuanseling telah mengadakan sesi Taklimat Ke Tingkatan 1 untuk murid-murid Tahun 6 pada pagi ini. Taklimat yang bermula pukul 9:00 pagi ini melibatkan guru dari SMK Datuk Abdul Rahman Yaakob iaitu Puan Noraini Kamil dan Puan Sahlawati Sahem Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah tersebut. Dalam taklimat tersebut murid-murid Tahun 6 didedahkan dengan peraturan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan persiapan murid ke Tingkatan 1 nanti.Turut hadir dalam taklimat ini adalah GPK HEM En Suhimi dan semua guru Tahun 6.



















Tahniah untuk Guru Bimbingan Dan Kaunseling SKM 2 kerana telah berjaya mengadakan program untuk persediaan murid-murid ke Tingkatan 1 / 2012.