Saturday 28 April 2012

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR MATEMATIK

28 APRIL 2012 (Sabtu) - Program Teknik Menjawab Soalan UPSR Matematik telah diadakan pagi ini. Program anjuran Panitia Matematik Sekolah ini bermula pada pukul 8:00 pagi. Semua murid Tahun 6 terlibat dalam program pagi ini. Program ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama berfokus kepada Teknik Menjawab Soalan Kertas 1 dan sesi kedua Teknik Menjawab Kertas 2. Ceramah disampaikan oleh Cikgu Mazli bin Mazlan. 
    Turut hadir ialah Pn Hjh Rohana Dahlan, GPK 1, En Suhimi Monel, GPK HEM, Pn Nur Azah Abd Karim, Guru BDK, Ustaz Abd Karim Yaakop, Pn Hartini Abd Rahman, Ketua Panitia Matematik serta guru-guru Matematik sekolah. 
     Panitia Matematik sangat berharap dengan adanya program seperti ini dapat memberi pendedahan kepada semua murid sebagai persediaan dalam menjawab soalan Matematik nanti. 

                                     
Cikgu Mazli sebagai penceramah
 

Sesi Teknik Menjawab

Panitia Matematik merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan semua guru kerana telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.

Thursday 26 April 2012

Motivasi Bersama Yayasan Pelajaran MARA

26 APRIL 2012 - Murid Tahun 6 SK Merlimau bertuah kerana telah berpeluang mendengar Ceramah Motivasi "Pembangunan Modal Insan" anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Ceramah ini dikelolakan oleh Bahagian Motivasi YPM. 
Klik page Bersama YPM untuk gambar selanjutnya.



Friday 20 April 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012

Jumaat - 20 April 2012 : Perkhemahan Unit Uniform 2012 bermula hari ini.

 
untuk melihat aktiviti seterusnya sila ke muka surat Terkini 2012 di atas....

Tuesday 10 April 2012

SARINGAN LINUS KHAS UNTUK MURID TAHUN TIGA

10 APRIL 2012 - SARINGAN Khas LINUS untuk murid Tahun 3 telah diadakan bermula jam 11:00 pagi hari ini. Semua murid Tahun 3 dikehendaki menduduki Saringan Khas ini. Pn Rafidah binti Md Bah, Pegawai dari PPD Jasin turut hadir untuk memantau perjalanan Saringan ini.

Thursday 5 April 2012

KURSUS HP MULTISEAT DAN HP CLASSROOM MANAGER

5 APRIL 2012 - MAKMAL KOMPUTER SKM 2 : Kursus HP Multiseat dan HP Classroom Manager telah diadakan mulai pagi ini. Kursus dibawah kelolaan MSC ini diadakan selama 3 hari sehingga Sabtu ini. Seramai 10 orang guru terpilih untuk mengikuti kursus ini. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru cara untuk mengendalikan penggunaan komputer semasa sesi Pembelajaran dan Pembelajaran ICT di Makmal Komputer. Kursus 3 hari ini bermula pada pukul 8:30 pagi dan tamat pada pukul 4:30 petang. Guru-guru yang terlibat ialah :

                        1. En Mohd Ufiz bin Mohd Tahir - Guru Data
                        2. En Mohd Jagger bin Ramli       - AJK PSS
                        3. En Mohd Latif                         - AJK PSS
                        4. Pn Rohani binti Ghazali            - Guru ICT
                        5. Cik Syuhada binti Ramli           - Guru Makmal Komputer
                        6. Pn Aishah binti Abu Bakar       - Guru Agama Islam
                        7. Pn Rakhmawati                        - Guru Agama Islam
                        8. Pn Zakiah binti Sayuti               - Guru Pendidikan Khas Disleksia
                        9. Pn Zuraidah binti Rahmat          - Guru Pendidikan Khas Disleksia / SPBT
                      10. Cik Rabiah binti Atan               - AJK SPBT

                         Fasilitator :
                         1. Pn Azimah
                         2. Cik Noor Aida

 Fasilitator membantu guru yang mengikuti kursus.
 Penuh minat dan bersemangat
 Serius seorang peserta
 Berkongsi Maklumat
 Mencuba ilmu yang diperolehi