Saturday 28 April 2012

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR MATEMATIK

28 APRIL 2012 (Sabtu) - Program Teknik Menjawab Soalan UPSR Matematik telah diadakan pagi ini. Program anjuran Panitia Matematik Sekolah ini bermula pada pukul 8:00 pagi. Semua murid Tahun 6 terlibat dalam program pagi ini. Program ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama berfokus kepada Teknik Menjawab Soalan Kertas 1 dan sesi kedua Teknik Menjawab Kertas 2. Ceramah disampaikan oleh Cikgu Mazli bin Mazlan. 
    Turut hadir ialah Pn Hjh Rohana Dahlan, GPK 1, En Suhimi Monel, GPK HEM, Pn Nur Azah Abd Karim, Guru BDK, Ustaz Abd Karim Yaakop, Pn Hartini Abd Rahman, Ketua Panitia Matematik serta guru-guru Matematik sekolah. 
     Panitia Matematik sangat berharap dengan adanya program seperti ini dapat memberi pendedahan kepada semua murid sebagai persediaan dalam menjawab soalan Matematik nanti. 

                                     
Cikgu Mazli sebagai penceramah
 

Sesi Teknik Menjawab

Panitia Matematik merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan semua guru kerana telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.

1 comment: