Sejarah Sekolah


Merlimau English School terletak berhampiran dengan pekan Merlimau. Murid-muridnya mencapai sehingga melebihi seribu orang yang terdiri daripada berbilang bangsa.
Pada Tahun 1970 Merlimau English School ini telah diubah nama kepada
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Merlimau. Pada tahun 1973 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Merlimau dipecah kepada dua buah sekolah dan dua pentadbir (Guru Besar) di bawah satu bumbung. Ia menjadi sekolah gred B.
Ia mula dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau Satu dan Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau Dua. Sesi persekolahan diadakan secara bergilir ia itu enam bulan sebelah pagi dan enam bulan sebelah petang.
         Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau Dua bermula pada tahun 1973 dan Encik Zainal Abidin bin Hj Ahmad sebagai Guru Besar. Sekolah ini mempunyai bilangan murid melebihi 500 orang yang terdiri daripada berbilang bangsa.Tenaga pengajarnya seramai 24 orang Selama tujuh bulan, En.Zainal Abidin telah ditukarkan ke Jabatan Pelajaran Melaka. Tempat beliau telah digantikan oleh Encik Zakariah bin Mat.
Pada tahun 1981 Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau Dua berpindah ke bangunan baru yang terletak di km 26 Jalan Jasin,Merlimau. Keluasan tapaknya ialah 5.4 ekar. Pada mulanya sekolah ini terdiri daripada dua buah bangunan dua tingkat ,sebuah kantin dan sebuah padang. Pada tahun 1986 sekolah ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri MelakaYang Berhormat Datuk Seri Rahim bin Tambychik.
Encik Zakariah telah berpindah ke sekolah kawasan Bandar Melaka dan digantikan oleh Tuan Hj.Salleh b Abdul Rahman. Pada masa ini keramaian murid masih lagi di tahap 500 orang.
Pada tahun 1988 sebuah lagi bangunan didirikan di atas nama Projek Gotong Royong. Bangunan itu dinamakan Bangunan C
Pada bulan April 1994 Tuan Haji Salleh telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dan diganti oleh Pn. Rahmah bt Hashim.
Sebuah lagi bangunan empat tingkat dibina pada tahun 1998 dengan menempatkan bilik darjah, Perpustakaan, Pusat Sumber dan Bilik Komputer. Jumlah semua bangunan menjadi empat buah bangunan iaitu Bangunan A,B,C dan D dengan jumlah murid dalam lingkungan 470 orang. Tenaga pengajarnya seramai 25 orang, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah, 3 orang Pekerja rendah Am dan seorang Pengawal Sekolah.
Pada awal 2001 Pn Rahmah telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pernu. Encik Sarip b Jais dari Sekolah Kebangsaan
Telok Mas telah menjadi Guru Besar yang baru. Encik Sarip telah bersara pada Januari 2004. Encik Tan Kwee Lim pula dari Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir menjadi guru besar bermula Julai 2004.
Berakhirnya bulan Mac 2009, En. Tan Kwee Lim meninggalkan sekolah ini dan meneruskan khidmatnya ke Sekolah Kebangsaan Sri Bandar, Melaka. Bermula April 2009,
Sekolah Kebangsaan Merlimau 2 kini menerima Guru Besar yang baru iaitu Tuan Hj. Zulkafli bin Aziz dari Sekolah Kebangsaan Datuk Hj Baginda.
Awal Oktober 2011, sekali lagi sekolah ini menerima Guru Besar yang baru setelah Tuan Hj Zulkafli bin Aziz berpindah ke SK BatuGajah. Guru Besar yang baru ialah Puan Hjh Aishah binti Mahmood yang berpindah dari Johor Bahru. Sebagai pengakhir kata diharap sekolah ini akan mencapai tahap prestasi yang membanggakan . Semua pencapaian cemerlang yang telah ditempa akan diteruskan oleh generasi yang akan datang. Kecemerlangan dan kegemilangan akan berterusan yang dapat melahirkan warga yang berwawasan dan beriman sejajar dengan arus pembangunan negara.



Gambar SKM2
Bangunan Blok A
Tembok Lama
Menghala Pulang
Pintu Gerbang Baru