Monday 31 October 2011

PELANCARAN BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH

Oktober 29 - Majlis Pelancaran dan Perasmian Bulan Bahasa Peringkat Sekolah telah berjaya diadakan . Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd Karim bin Yaakop. Seterusnya Pengerusi Sambutan En Hassan Man telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya telah mendeklamasikan sebuah sajak. Seterusnya murid-murid dihidangkan dengan persembahan bercerita oleh adik Aina dari Tahun 2 Arif dan juga adik Ammar Syahir dari Tahun 6 Arif. Ikrar murid telah diketuai oleh Ketua Murid iaitu adik Ammar Syahir bin Abas. Perasmian Bulan Bahasa Peringkat Sekolah telah disempurnakan oleh Pn Hjh Aisha binti Mahmood, Guru Besar SKM 2. Semoga dengan pelancaran ini dapat memartabatkan Bahasa Melayu di kalangan warga SKM 2 dan di persada dunia.











Sunday 30 October 2011

1Murid 1Sukan

Oktober - Pada 24 Oktober Program 1M1S bagi murid-murid Tahap 1 telah diadakan. Program yang bermula pada pukul 8:00 pagi ini disertai oleh semua murid Tahun 1, 2 dan 3. Pelbagai aktiviti dipertandingankan mengikut kategori umur.












Manakala pada 28 Oktober pula aktiviti yang sama telah diadakan untuk murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Bola sepak dan Bola Jaring mengikut Kumpulan Rumah Sukan.


 



Kedua-dua program ini di bawah anjuran Badan Sukan Sekolah yang dikelolakan oleh En Mazli bin Mazlan selaku Setiausaha Sukan Sekolah.

Gotong-royong Bersama Maybank Merlimau

Oktober 22 - Guru-guru, pekerja dan murid-murid Tahap 2 SK Merlimau 2 telah mengadakan gotong-royong komuniti bersama Kakitangan Maybank Merlimau. Hadir sama ialah Pengurus Maybank Merlimau YM Tuan Syed Azman bin Syed Sulaiman dan YDP PIBG En Hisham bin Abd Rahim. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd Karim diikuti dengan ucapan Guru Besar, Pn Hjh Aishah Mahmood dan juga ucapan dari YM Tuan Syed Azman. Guru-guru dan murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta membersihkan kawasan yang telah ditetapkan. Tumpuan utama gotong-royong ini adalah bilik darjah dan bilik-bilik khas. Kakitangan Maybank membantu menceriakan Pondok PPDa. Aktiviti bermula pada pukul 9:00 pagi dan berakhir pada pukul 12:00 tengah hari.

Friday 14 October 2011

Hari Kantin dan Hari Kokurikulum 2011

14 Oktober - Hari ini berlangsung satu lagi aktiviti seperti yang dirancang iaitu Hari Kantin dan Hari Kokurikulum SKM2. Aktiviti yang dijalankan bertujuan memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang perihal perniagaan. Alhamdullillah, aktiviti ini dapat dijalankan dalam suasana yang meriah dan mendapat sambutan dari kalangan ibu bapa. Pada sebelah petangnya pula aktiviti Hari Kokurikulum pula diadakan, di mana Pertandingan Kawad Kaki berlangsung. Majlis Penutup Hari Kan tin dan Hari Kokurikulum akan diadakan pada hari Sabtu ini (15 Okt 2011). Tahniah kepada semua warga SKM2 kerana telah bersama-sama menjayakan aktiviti ini....

Thursday 13 October 2011

SELAMAT DATANG....

Warga SK Merlimau 2 mengucapkan Selamat Datang kepada Puan Hjh Aishah binti Mahmood yang telah dilantik sebagai Guru Besar yang baru di sekolah ini..

Blog SKM2 telah muncul....

Assalamualaikum...
Atas permintaan dan keperluan semasa Blog SKM2 diwujudkan. Tarikh 13 Oktober 2011, merupakan tarikh yang kebetulan terpilih untuk Membina Blog ini. Insyaallah, segala maklumat yang berkaitan dengan sekolah ini akan dimuatnaik kan di blog ini. Selamat berinformasi di Blog kami....