Tuesday 17 July 2012

PERTANDINGAN MENULIS TEMA MEMBACA 2012

SELASA, 17 Julai - Pertandingan Menulis Tema Sempena Bulan Membaca telah diadakan petang i telah diadakan petang ini. Pertandingan anjuran Pusat Sumber Sekolah ini diadakan bersempena dengan Bulan Membaca Peringkat Sekolah 2012. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk pertandingan ini. Bersempena pertandingan ini, pihak sekolah juga telah menjemput pegawai dari Perpustakaan Awam Cawangan Merlimau untuk mengadakan tunjuk cara membuat Bekas Menyimpan Pensil dari bahan terpakai. Pegawai dari Perpustakaan diwakili oleh Pn Marhana, telah memberi tunjuk ajar cara-cara menyediakan bekas tersebut.

Pertandingan Menulis Tema Membaca

Pertandingan Membuat Bekas Pensel
                       
                        
                         

Monday 9 July 2012

Pelancaran Sambutan Bulan Membaca 2012

Isnin 9 Julai 2012 - Pelancaran Sambutan Bulan Membaca Peringkat Sekolah 2012 telah diadakan pagi ini. Program anjuran PSS Sekolah dengan kerjasama Panitia-panitia mata pelajaran dan juga Perpustakaan Awam Melaka cawangan Merlimau. Tema yang dipilih adalah "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya". Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diatur sepanjang bulan membaca ini. GPM Sekolah, Pn Zaleha telah memberi taklimat ringkas berhubung aktiviti yang akan dijalankan. Majlis Pelancaran telah dirasmikan oleh Pn Hjh Aishah bte Mahmood, guru besar sekolah.

Friday 6 July 2012

Program Motivasi Tahun 6

Tajuk : Program Motivasi Tahun 6 Tarikh : 6 hingga 7 Julai 2012 Tempat : Pusat Kokurikulum Lanchang Anjuran : PIBG SKM2