Tuesday 29 April 2014

PROGRAM BIG PPG/BM1 IPGKPM

JUMAAT, 25 April 2014- SK Merlimau 2 menerima kunjungan Pelajar PPG Ambilan Jun 2011 dari Kumpulan BM1 pada petang ini. Program Kerjasama IPGKPM dan SK Merlimau 2 ini adalah merupakan Program Bina Insan yang bertujuan mendapatkan maklumat mengenai Sekolah Cemerlang dan perkongsian ilmu bersama Guru Cemerlang DG48 sekolah ini.

        

LAWATAN KE TANDAS SEKOLAH OLEH PPG/BM1

Pelajar_pelajar PPG BM1 dari IPG Kampus Perempuan Melayu telah mengadakan Program BIG di SK Merlimau 2 pada hari Jumaat 25 April 2014. Program ini bertujuan melawat dan mendapat maklumat tentang Sekolah Cemerlang dan berkongsi maklumat bersama Guru Cemerlang DG48. Kesempatan ini juga digunakan mereka untuk melihat Tandas-tandas sekolah yang telah menjadi Johan Pertandingan Tandas Bersih 2012 sekaligus mewakili Melaka ke Peringkat Kebangsaan. Manakala tahun 2014 ini, tandas sekolah ini telah sekali lagi dipilih untuk mewakili negeri ke Peringkat Kebangsaan.

MAJLIS PERPISAHAN PN HJH AISAH (GURU BESAR)

SECARA rasminya, Pn Hjh Aishah binti Mahmood (Guru Besar) SK Merlimau 2 berpindah ke Johor Bahru. Beliau terpaksa meninggalkan SK Merlimau 2 ini atas sebab-sebab yang tidak dapat beliau elakkan.