Monday 14 May 2012

PENCAPAIAN TERKINI MURID

PENCAPAIAN terkini murid-murid SK Merlimau 2 dalam Pertandingan dan Kejohanan Peringkat Negeri.

Bola Jaring
Seramai enam orang murid sekolah ini telah mewakili Pasukan Kawasan Merlimau ke Kejohanan Bola Jaring Peringkat Negeri baru-baru ini. Pasukan Merlimau telah mendapat tempat ketiga.

Bergambar kenangan bersama jurulatih dan GPK 

Pasukan Nasyid Pendidikan Khas Disleksia



Bola Sepak 
Seorang murid telah mewakili Pasukan Bola sepak Kawasan Merlimau ke Kejohanan Bola sepak Peringkat Negeri. Pasukan Merlimau menjadi Naib Johan Peringkat Negeri

Muhammad Luquman Sadiq bin Rozaidi

TAHNIAH kepada murid-murid dan jurulatih yang telah mengharumkan nama sekolah dan kawasan Merlimau.

Friday 11 May 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

“GURU INOVATIF MELONJAKKAN
TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


SAMBUTAN PERINGKAT SEKOLAH AKAN DIADAKAN PADA
TARIKH
16 MEI 2012 / RABU
MASA 
8:00 PAGI HINGGA 1:10 TENGAH HARI

Tuesday 8 May 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN DAN PENTAKSIRAN KSSR

8 MEI 2012 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 dan Pentaksiran KSSR telah bermula hari ini.

Thursday 3 May 2012

KEHILANGAN .....

KEHILANGAN SEORANG SAHABAT DAN GURU

Allahyarham bersama pemain Sepaktakraw SK Merlimau 2

3 MEI 2012 - Warga SK Merlimau 2 dikejutkan dengan berita pemergian selama-lamanya seorang warga pendidik sekolah ini iaitu Cikgu Mohd Jagger bin Ramli. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Melaka akibat kecederaan parah yang dialami. Allahyarham terlibat dalam kemalangan jalanraya setelah motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah van di persimpangan masuk ke Kem Lanchang. Allahyarham ketika itu dalam perjalanan menuju ke sekolah ini, tempat beliau bertugas. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham di atas kehilangan abadi Allahyarham dan kami sentiasa berdoa agar Roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah. 
AL FATIHAH

Wednesday 2 May 2012

ZOOMERS KELAB DOKTOR MUDA

JASIN - 27 April 2012. PPD Jasin telah menganjurkan Majlis Pelancaran ZOOMERS KELAB DOKTOR MUDA Peringkat Negeri Melaka. Program ini turut disertai oleh Ahli Kelab Doktor Muda sekolah. Pelbagai program telah diatur bagi memberi pendedahan kepada guru serta murid-murid dalam menjalankan program ini di sekolah masing-masing.

PN HJH AISHAH BERGAMBAR BERSAMA AHLI KELAB DOKTOR MUDA