Thursday 3 May 2012

KEHILANGAN .....

KEHILANGAN SEORANG SAHABAT DAN GURU

Allahyarham bersama pemain Sepaktakraw SK Merlimau 2

3 MEI 2012 - Warga SK Merlimau 2 dikejutkan dengan berita pemergian selama-lamanya seorang warga pendidik sekolah ini iaitu Cikgu Mohd Jagger bin Ramli. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Melaka akibat kecederaan parah yang dialami. Allahyarham terlibat dalam kemalangan jalanraya setelah motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah van di persimpangan masuk ke Kem Lanchang. Allahyarham ketika itu dalam perjalanan menuju ke sekolah ini, tempat beliau bertugas. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham di atas kehilangan abadi Allahyarham dan kami sentiasa berdoa agar Roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah. 
AL FATIHAH

1 comment:

  1. Al Fatihah untuk seorang sahabat yang sama berposting di SKPB Lok Heng, Kota Tinggi dan sama mengajar di SK Merlimau 2. Bersama dan berborak kita semalam tetap kekal abadi dalam ingatan... Siapa sangka semalam yang terakhir untuk kita ...

    ReplyDelete