Tuesday 31 January 2012

PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2012

MERLIMAU, 30 Januari 2012 - Majlis Pelantikan Pemimpin Kecil 2012 telah diadakan pagi ini. Majlis Pelantikan bermula jam 8:00 pagi. Perasmian disempurnakan oleh Cif Inspektor Tuan Norazlan bin Limat, Ketua Polis Balai, Balai Polis Merlimau. Turut hadir YDP PIBG En Mohd Hisham bin Abd Rahim. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zamri bin Samsudin diikuti dengan ucapan Puan Guru Besar. Selesai ucapan dan perasmian, Pemimpin-pemimpin Kecil telah menerima Watikah Pelantikan masing-masing. Lafaz Ikrar Pemimpin Kecil diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah iaitu Adik Muhammad Alif Adha bin Kamal Ruzi.

                            Barisan Pentadbiran dan tetamu           Barisan Pemimpin Kecil 2012
                                Guru-guru SK Merlimau 2                Ucapan Alu-aluan Guru Besar
 Ucapan Perasmian oleh Cif Inspektor Tuan Norazlan bin Limat
                                  Watikah Ketua Darjah                       Watikah Pengawas SPBT
                                             Watikah Pengawas PSS         Watikah Pengawas Sekolah

Lafaz Ikrar Pemimpin Muda

No comments:

Post a Comment