Friday 11 November 2011

PROGRAM 'JOM CUTI, JOM ULANGKAJI'

MERLIMAU 11 November - Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Mata Pelajaran Teras telah menganjurkan Program 'JOM CUTI, JOM ULANGKAJI' untuk murid-murid Tahun 4 dan 5. Program ini bertujuan memberi persiapan awal kepada murid-murid Tahun 5 yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Menurut Pn Nur Azah matlamat program ini adalah supaya murid-murid tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah sepanjang cuti persekolahan nanti. Justeru UBK dengan kerjasama Guru-guru Panitia telah menyediakan latihan-latihan untuk  diberi kepada murid-murid. Latihan-latihan ini hendaklah dibuat pada masa cuti persekolahan nanti.

      Bagi menjayakan program ini, satu taklimat khas telah diadakan untuk murid-murid Tahun 4 dan 5 ini. Pagi ini murid-murid mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu, Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan Ketua Panitia Matematik. Manakala pada hari Isnin pula, murid-murid akan mendengar taklimat dari Ketua Panitia Sains, Ceramah Kemahiran Belajar oleh Pn Nur Azah (UBK) dan Ceramah Alam remaja Menurut Perspektif Islam oleh Ustazah Cik Saadah Hj Mazelan. Penutup program ini nanti murid-murid akan dibawa mengerjakan Solat Zohor berjemaah.

      Semoga dengan adanya program seperti ini akan memberi manafaat kepada murid-murid sekolah ini, dalam memenuhi masa cuti persekolahan ini dan sebagai persiapan mereka untuk menghadapi sesi persekolahan 2012 nanti.









1 comment:

  1. TAHNIAH kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia-Panitia yang terlibat. Semoga usaha murni kalian akan memberi impak kepada anak-anak kita nanti. Insyaallah.

    ReplyDelete