Pages
Selamat Datang
PERHATIAN
Thursday, 16 August 2012
Penyampaian Hadiah
Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Sempena Minggu PPDa dan pertandingan Melukis Poster Tandas Bersih. Hadiah disampaikan oleh Pn Hjh Aishah binti Mahmood, Guru Besar sekolah.
Tuesday, 14 August 2012
TANDAS KAMI BERSIH
TAHNIAH kepada warga sekolah kerana telah mengekalkan kebersihan tandas sekolah sebagaimana yang dikehendaki oleh semua pihak. Semua murid dilihat bertambah berdisiplin dalam menjaga kebersihan tandas sekolah ini. Sebagai balasan sekolah ini, telah terpilih mewakili PPD Jasin ke Peringkat Negeri dalam Pertandingan Tandas Bersih 2012 .... Syabas dan tahniah ...
JOHAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2012
KIBAR JALUR GEMILANG 2012
KEMPEN Kibar Jalur Gemilang 2012 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan terus mendapat tempat di hati warga SK Merlimau 2. Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang telah disempurnakan oleh Puan Hjh Aishah, Guru Besar SK Merlimau 2...
Wednesday, 1 August 2012
Tuesday, 17 July 2012
PERTANDINGAN MENULIS TEMA MEMBACA 2012
SELASA, 17 Julai - Pertandingan Menulis Tema Sempena Bulan Membaca telah diadakan petang i telah diadakan petang ini. Pertandingan anjuran Pusat Sumber Sekolah ini diadakan bersempena dengan Bulan Membaca Peringkat Sekolah 2012. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk pertandingan ini. Bersempena pertandingan ini, pihak sekolah juga telah menjemput pegawai dari Perpustakaan Awam Cawangan Merlimau untuk mengadakan tunjuk cara membuat Bekas Menyimpan Pensil dari bahan terpakai. Pegawai dari Perpustakaan diwakili oleh Pn Marhana, telah memberi tunjuk ajar cara-cara menyediakan bekas tersebut.
Pertandingan Menulis Tema Membaca
Pertandingan Membuat Bekas Pensel
Monday, 9 July 2012
Pelancaran Sambutan Bulan Membaca 2012
Isnin 9 Julai 2012 - Pelancaran Sambutan Bulan Membaca Peringkat Sekolah 2012 telah diadakan pagi ini. Program anjuran PSS Sekolah dengan kerjasama Panitia-panitia mata pelajaran dan juga Perpustakaan Awam Melaka cawangan Merlimau. Tema yang dipilih adalah "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya".
Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diatur sepanjang bulan membaca ini. GPM Sekolah, Pn Zaleha telah memberi taklimat ringkas berhubung aktiviti yang akan dijalankan. Majlis Pelancaran telah dirasmikan oleh Pn Hjh Aishah bte Mahmood, guru besar sekolah.
Friday, 6 July 2012
Program Motivasi Tahun 6
Tajuk : Program Motivasi Tahun 6
Tarikh : 6 hingga 7 Julai 2012
Tempat : Pusat Kokurikulum Lanchang
Anjuran : PIBG SKM2
Subscribe to:
Posts (Atom)






