Tuesday 31 January 2012

PERTANDINGAN BADMINTON MSS MELAKA KAWASAN MERLIMAU

MERLIMAU, 31 Januari 2012 - Pertandingan Badminton MSS Melaka Kawasan Merlimau bermula hari ini. Pertandingan diadakan di Dewan SMK Seri Mahkota, Umbai. SK Merlimau 2 telah diberi tanggungjawab untuk mengelolakan Pertandingan ini. Pada hari ini Pertandingan dijalankan bagi Kategori Sekolah Rendah. Sebanyak 11 buah sekolah telah menghantar penyertaan. Pertandingan dimulakan sebaik sahaja selesai taklimat pengurus-pengurus pasukan diadakan oleh En Mazli bin Mazlan dan En Nazri (Pengerusi Teknik Badminton Merlimau).

Pendaftaran Pemain 
                               
                                       Pendaftaran Pengadil
                                  Pemain SK Merlimau 2                         Sesi Memanas Badan
                                     Urus setia Bertugas                 Pemain dan Guru SK Seri Mendapat
Juru hebah Bertugas 
 Pertandingan Bermula    
 Peringkat Menengah
                                    Urusetia bertugas


                                                   

PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2012

MERLIMAU, 30 Januari 2012 - Majlis Pelantikan Pemimpin Kecil 2012 telah diadakan pagi ini. Majlis Pelantikan bermula jam 8:00 pagi. Perasmian disempurnakan oleh Cif Inspektor Tuan Norazlan bin Limat, Ketua Polis Balai, Balai Polis Merlimau. Turut hadir YDP PIBG En Mohd Hisham bin Abd Rahim. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zamri bin Samsudin diikuti dengan ucapan Puan Guru Besar. Selesai ucapan dan perasmian, Pemimpin-pemimpin Kecil telah menerima Watikah Pelantikan masing-masing. Lafaz Ikrar Pemimpin Kecil diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah iaitu Adik Muhammad Alif Adha bin Kamal Ruzi.

                            Barisan Pentadbiran dan tetamu           Barisan Pemimpin Kecil 2012
                                Guru-guru SK Merlimau 2                Ucapan Alu-aluan Guru Besar
 Ucapan Perasmian oleh Cif Inspektor Tuan Norazlan bin Limat
                                  Watikah Ketua Darjah                       Watikah Pengawas SPBT
                                             Watikah Pengawas PSS         Watikah Pengawas Sekolah

Lafaz Ikrar Pemimpin Muda

Friday 27 January 2012

Program RIMUP - SEMARAK RUKUN NEGARA

Merlimau, 27 Januari 2012 - Program RIMUP, di bawah tema "SEMARAK RUKUN NEGARA" telah berjaya dijalankan pagi ini. Program ini diadakan bersama dengan sekolah gabungan iaitu SJK(Tamil) Merlimau. Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pn Hjh Rohana binti Dahlan, GPK 1 merangkap wakil rasmi Guru Besar. Selesai ucapan, semua murid dan guru melafazkan Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Adik Shamsul dari Tahun 5 Arif. Senamrobik menyusul sejurus selepas itu. Aktiviti memanaskan badan ini di bawah bimbingan Cikgu Fikri, Cikgu Irniza dan Cikgu Rahayu serta dibantu oleh semua guru-guru dari kedua-dua buah sekolah.
       Selesai aktiviti senamrobik, murid-murid dari kedua-dua buah sekolah diagihkan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta. Setiap kumpulan diwakili oleh 5 orang murid SK Merlimau 2 dan 5 orang murid SJK (Tamil) Merlimau. Acara Sukaneka bertemakan Rukun Negara merupakan acara kemuncak pagi ini. Para peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan di lima buah stesyen. Antara tugasan yang perlu diselesaikan ialah :-
                            Stesyen 1 - Menyusun semula senikata Lagu Kebangsaan 
                            Stesyen 2 - Menyusun semula Ikrar Rukun Negara
                            Stesyen 3 - Mencantum Puzzle Rukun Negara
                            Stesyen 4 - Mencantum Puzzle tema sukaneka "SEMARAK RUKUN NEGARA"
                            Stesyen 5 - Lafaz Ikrar Rukun Negara Berkumpulan 

Setiap kumpulan diadili oleh guru-guru pengiring dan Cikgu Norhayati sebagai Ketua Hakim. Pemenang bagi acara sukaneka ini adalah seperti berikut :-
                                Johan          - Kumpulan 5 
                                Naib Johan - Kumpulan 3
                                Ketiga         - Kumpulan 1
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pn Hjh Rohana binti Dahlan.

                                                        Ucapan Alu-aluan Pn Hjh Rohana           
 Gabungan dua sekolah SKM 2 dan SJK ( T ) Merlimau
 
 Lafaz Ikrar Rukun Negara
Senamrobik...Persediaan sebelum Sukaneka
 Sukaneka ...Menyusun senikata lagu 'Negaraku'
                             Menyusun Ikrar Rukun Negara             Melafaz Ikrar Rukun Negara 
 Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang
Tahniah kepada para pemenang....

Thursday 19 January 2012

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

MERLIMAU, 19 Januari - Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 telah diadakan pagi ini 19 Januari 2012 bermula jam 7:40 pagi tadi. Penutupan Rasmi Program ini telah disempurnakan oleh Puan Hjh Aishah Mahmood, Guru Besar Sekolah. Beberapa persembahan turut dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 1. Murid-murid yang berjaya sepanjang tempoh minggu Transisi ini telah diberikan hadiah sebagai tanda pengiktirafan kepada mereka.