Friday 27 January 2012

Program RIMUP - SEMARAK RUKUN NEGARA

Merlimau, 27 Januari 2012 - Program RIMUP, di bawah tema "SEMARAK RUKUN NEGARA" telah berjaya dijalankan pagi ini. Program ini diadakan bersama dengan sekolah gabungan iaitu SJK(Tamil) Merlimau. Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pn Hjh Rohana binti Dahlan, GPK 1 merangkap wakil rasmi Guru Besar. Selesai ucapan, semua murid dan guru melafazkan Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Adik Shamsul dari Tahun 5 Arif. Senamrobik menyusul sejurus selepas itu. Aktiviti memanaskan badan ini di bawah bimbingan Cikgu Fikri, Cikgu Irniza dan Cikgu Rahayu serta dibantu oleh semua guru-guru dari kedua-dua buah sekolah.
       Selesai aktiviti senamrobik, murid-murid dari kedua-dua buah sekolah diagihkan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta. Setiap kumpulan diwakili oleh 5 orang murid SK Merlimau 2 dan 5 orang murid SJK (Tamil) Merlimau. Acara Sukaneka bertemakan Rukun Negara merupakan acara kemuncak pagi ini. Para peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan di lima buah stesyen. Antara tugasan yang perlu diselesaikan ialah :-
                            Stesyen 1 - Menyusun semula senikata Lagu Kebangsaan 
                            Stesyen 2 - Menyusun semula Ikrar Rukun Negara
                            Stesyen 3 - Mencantum Puzzle Rukun Negara
                            Stesyen 4 - Mencantum Puzzle tema sukaneka "SEMARAK RUKUN NEGARA"
                            Stesyen 5 - Lafaz Ikrar Rukun Negara Berkumpulan 

Setiap kumpulan diadili oleh guru-guru pengiring dan Cikgu Norhayati sebagai Ketua Hakim. Pemenang bagi acara sukaneka ini adalah seperti berikut :-
                                Johan          - Kumpulan 5 
                                Naib Johan - Kumpulan 3
                                Ketiga         - Kumpulan 1
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pn Hjh Rohana binti Dahlan.

                                                        Ucapan Alu-aluan Pn Hjh Rohana           
 Gabungan dua sekolah SKM 2 dan SJK ( T ) Merlimau
 
 Lafaz Ikrar Rukun Negara
Senamrobik...Persediaan sebelum Sukaneka
 Sukaneka ...Menyusun senikata lagu 'Negaraku'
                             Menyusun Ikrar Rukun Negara             Melafaz Ikrar Rukun Negara 
 Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang
Tahniah kepada para pemenang....

No comments:

Post a Comment