Monday 9 July 2012

Pelancaran Sambutan Bulan Membaca 2012

Isnin 9 Julai 2012 - Pelancaran Sambutan Bulan Membaca Peringkat Sekolah 2012 telah diadakan pagi ini. Program anjuran PSS Sekolah dengan kerjasama Panitia-panitia mata pelajaran dan juga Perpustakaan Awam Melaka cawangan Merlimau. Tema yang dipilih adalah "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya". Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diatur sepanjang bulan membaca ini. GPM Sekolah, Pn Zaleha telah memberi taklimat ringkas berhubung aktiviti yang akan dijalankan. Majlis Pelancaran telah dirasmikan oleh Pn Hjh Aishah bte Mahmood, guru besar sekolah.

No comments:

Post a Comment