Tuesday, 20 March 2012

PERCUBAAN ONLINE DI MAKMAL KOMPUTER

Merlimau, 20 Mac 2012 - SELAMAT DATANG KE MAKMAL KOMPUTER SKM 2. Percubaan Online kali pertama di Makmal Komputer sekolah bagi tujuan mengemaskini Blog Sekolah. Percubaan ini dianggap berjaya kerana makmal komputer sekolah baru sahaja dinaik taraf, di mana peralatan komputer, meja, sistem pendawaian serta sistem capaian internet telah menerima peruntukan baru. Semoga dengan adanya peralatan dan sistem yang lebih baik ini, murid-murid sekolah ini akan mendapat manafaat yang besar demi menjana minda dan membantu mereka untuk lebih berjaya.

Thursday, 15 March 2012

PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM DAN MISKIN

JUMAAT-9 Mac 2012 : Majlis Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim dan miskin SK Merlimau 2 telah disempurnakan oleh Puan Hjh Aishah binti Mahmood, Guru Besar sekolah ini.




KELAS MASA CUTI ...TAHUN 6

KELAS Tambahan untuk murid Tahun 6 diadakan seperti biasa. Kelas Tambahan yang diadakan saban tahun ini bertujuan membantu murid-murid dalam membuat persiapan untuk menghadapi Peperiksaan UPSR nanti. Guru-guru yang terlibat adalah terdiri daripada guru-guru Tahun 6 dan juga beberapa orang guru lain yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk merasai bahang Peperiksaan UPSR ini. TAHNIAH dan terima kasih kepada semua guru yang sanggup mengorbankan masa cuti ini demi kepentingan dan kebajikan murid-murid SKM 2 ...

Suasana pembelajaran lebih kepada perbincangan dan teknik

 Kehadiran murid yang menggalakkan
 Mencari maklumat di dinding Laluan Matematik

MAJLIS PENYALURAN BANTUAN RM100 DAN KELAB TAHA 2012

MERLIMAU-14 Mac 2012 ; MAJLIS Penyaluran Bantuan Khas Persekolahan Sekolah-sekolah DUN Merlimau telah diadakan pada pagi ini. Bantuan Persekolahan berupa wang RM100 ini disalurkan kepada semua murid Tahun 1 / 2012. Majlis anjuran PPD Jasin ini telah diadakan di Dewan Datuk Hj Ahmad Ithnin Merlimau dan dirasmikan oleh YB En Roslan bin Hj Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau. Dalam ucapannya, beliau berharap dengan bantuan yang diterima ini dapat meringankan perbelanjaan ibu bapa dalam menguruskan persekolahan anak-anak mereka. Di samping itu, Tabung Haji juga turut sama menyampaikan Buku Akaun dan Kad Keahlian Kelab TAHA untuk murid-murid kepada wakil-wakil sekolah DUN Merlimau ini.

                            Ucapan Peramian YB En Roslan         GPK HEM dan guru-guru kelas

 Guru Besar Bergambar Kenangan bersama YB, Pengurus Tabung Haji Melaka dan Pegawai PPD

 Penyerahan wang RM100 kepada ibu bapa yang hadir

Tuesday, 6 March 2012

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW PERINGKAT NEGERI MELAKA 2012

LIPAT KAJANG - Kejohanan Sepaktakraw MSS Negeri Melaka Kategori Sekolah Rendah telah berlangsung selama dua hari di Dewan Jeperun Lipat Kajang. Kejohanan kelolaan SMK Jasin ini disertai oleh pasukan-pasukan dari 7 kawasan dalam negeri Melaka. ZULFIKAR DASUKI murid Tahun 6 SKM2 ini, juga telah terpilih mewakili Kawasan Merlimau ke Kejohanan ini. Pasukan Merlimau telah mendapat tempat KETIGA dalam kategori berpasukan dan menjadi JOHAN dalam kategori Antara Regu. Syabas dan tahniah kepada ketua kontijen, jurulatih, pengurus dan pemain-pemain yang telah mengharumkan nama Kawasan Merlimau dan sekolah masing-masing.


Saturday, 3 March 2012

PELANCARAN KEMPEN CIKGU PENYAYANG 2012

1 MAC 2012-Khamis ; Pelancaran Kempen Guru Penyayang.


WAKTU DATANG
Pintu Masuk Utama

Pintu Masuk B


 
Pintu Masuk C

Meraikan Hari Jadi Guru dan Murid yang lahir pada Bulan Januari, Februari dan 1 Mac
 Menyuap kek hari jadi untuk anak murid

WAKTU PULANG

MAJLIS PERSARAAN PN HJH ROKIAH HAMZAH

28 FEBRUARI 2012- MAJLIS Persaraan dan send off Pn Hjh Rokiah binti Hamzah, Guru Khas Pemulihan Sekolah telah berlangsung dalam suasana sedih. Pn Hjh Rokiah pernah berkhidmat di Sabah. Beliau pernah mengajar di SK Parit Penghulu, Sg Rambai kemudian di SK Sempang, Merlimau sebelum menamatkan perkhidmatan belia di SK Merlimau 2. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Unit Pemulihan Khas JPNM Pn Hjh Rohaya dan juga YDP PIBG En Mohd Hisham. Warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn Hjh Rokiah kerana telah menabur bakti kepada anak-anak di SK Merlimau 2. SELAMAT BERSARA DAN SEMOGA DIRAHMATI ALLAH SELAMANYA....
Langkah akhir ke Dataran Perhimpunan
 Duduk dan Ucapan terakhir di Dataran Perhimpunan
Menerima hadiah terakhir                    Jati sumbangan 17 orang rakan 




 Diiringi dan ditangisi